Objektif Pertandingan :
- Menggalakkan Warga Putrajaya Untuk Aktif Bersukan Walau Dalam Waktu Pendemik
- Meningkatkan Kesedaran Mengenai Kepentingan Menjaga Kesihatan dan Kecergasan Melalui Sukan Jump Rope (Lompat Tali).
Syarat-syarat Am Pertandingan :
- Pertandingan “Jump Rope Challenge Putrajaya 2021” ini adalah anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Lompat Tali Malaysia.
- Pertandingan adalah secara virtual dan terbuka kepada warga Putrajaya yg menetap, bekerja atau bersekolah di Putrajaya. Penyertaan adalah secara percuma.
- Pertandingan adalah terbuka kepada semua. Tiada had umur ditetapkan.
- Penyertaan adalah secara individu sama ada lelaki atau perempuan.
- Peserta perlu merakam video Lompat Tali dengan kepantasan (speed) 1 Minit dan pemenang akan dikira berdasarkan kepada jumlah lompatan terbanyak.
- Teknik lompatan yang dikehendakilah ialah teknik “Jump-Jump” iaitu setiap kali pusingan tali dilakukan kedua kaki harus rapat dan serentak mencecah lantai atau di udara. Sila lihat contoh video yg disediakan.
- Untuk membolehkan pengiraan masa lompatan yang tepat peserta diwajibkan untuk menggunakan “Call Out” yang boleh dimuat turun di website : www.jumpropemalaysia.com
- Video perlu dimuatnaik di FBatau IGmasing-masing dengan hastag :
#jumpropechallengeputrajaya #ppj #perbadananputrajaya #myjurf - Peserta perlu mengisi borang melalui pautan “google form” atau mengimbas Kod QR yang disertakan.
- Peserta perlu mengikuti (follow) laman Facebook atau Instagram Malaysian Jump Rope Federation.
- Laman Instagram peribadi peserta perlu berbentuk “public”.
- Peserta hanya boleh mendaftarkan diri sekali sahaja untuk menyertai pertandingan ini.
- Tiada ketetapan untuk jenis tali, panjang tali dan berat tali. Kesemua peserta hendaklah memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian.
- Rakaman Video hendaklah jelas dengan resolusi hendaklah 720p. Posisi kamera haruslah diletakkan secara berhadapan dapat merakam peserta dengan baik. Video yang dihantar tidak boleh disunting dan tidak ada unsur-unsur penipuan.
- Setiap peserta perlu memasukkan Nama, Alamat, dan Nombor Hphone masing-masing di dalam video dirakam sebelum dimuat naik di FBatauIG masing-masing.
- Penyertaan bermula pada 1 September 2021 dan ditutup pada 16 September 2021 pada jam 12.00 tengah malam.
- Sijil eletronik akan diberikan kepada semua peserta yang bertanding.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijayakan.
- Jika terdapat penyertaan yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan maka penyertaan akan dibatalkan.
- Keputusan pengadil adalah muktamad dan akan diumumkan sebelum 30 September 2021.
- Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan :
- En. Lukman : 018-3199379 / En. Faizul : 012-6328064
- En. Bazly : 016-6218463
Borang Pendaftaran :
atau imbas QR Code :
Contoh Video Pertandingan ” Jump Rope Challenge Putrajaya 2021 “