Assalamualaikum Dan Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama merealisasikan usaha memartabatkan sukan lompat tali di Malaysia melalui Persekutuan Lompat Tali Malaysia.
Seiring dengan perkembangan sukan ini di peringkat nasional dan antarabangsa, peranan persekutuan amat penting dalam melahirkan atlet yang berdaya saing, berdisiplin, dan bersemangat kesukanan tinggi. Kami komited untuk memperkasakan sukan lompat tali sebagai satu sukan utama dalam pembangunan bakat, gaya hidup sihat, serta medium penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia. Kami berharap dengan usaha dan pelbagai program yang di laksanakan mendapat kerjasama kukuh dari pelbagai agensi dan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak KBS, KPM, jurulatih Dan peserta2 yang telah memberikan sokongan dan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengangkat Sukan lompat tali di Persada Malaysia ,Asian Dan DUNIA.
Akhir kata, semoga usaha murni ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan negara serta generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
Nor Azlee Syam Bin Hamdan
Presiden
No. 61, Jalan SJ1, Taman Setia Jaya,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-6091 6100
Faks: 603-6094 4993
EMeL: myjurf@yahoo.com
web: www.malaysianjumprope.com.my
© Hakcipta Terpelihara 2020 – 2021 Persekutuan Lompat Tali Malaysia (MYJuRF). Dibangunkan oleh LiveWEBS.my