* PENGUMUMAN RASMI *
ASIAN JUMP ROPE CHAMPIONSHIP 2026
Persekutuan Lompat Tali Malaysia ingin memaklumkan bahawa Malaysia secara rasmi tidak akan mengambil bahagian di dalam Pertandingan Lompat Tali Asian Jump Rope Champioship yang akan diadakan pada 30 Julai – 5 Ogos 2026 di Zhejiang, China. Keputusan ini dibuat adalah disebabkan oleh peruntukan yang dipohon daripada Majlis Sukan Negara yang telah dikeluarkan pada 5 Jun 2026 untuk pertandingan ini tidak diluluskan.
Ahli Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Lompat Tali Malaysia telah bermesyuarat pada 6 Jun 2026 dan membuat keputusan bahawa Malaysia tidak akan menghantar pasukan ke pertandingan tersebut di atas. Ini adalah kali pertama tiada peruntukan disediakan untuk Persekutuan Lompat Tali mengikuti pertandingan di luar negara berbanding di tahun-tahun yang lalu.
Persekutuan Lompat Tali Malaysia berharap semua jurulatih dan atlet memahami bahawa untuk mengikuti pertandingan di luar negara memerlukan peruntukan yang besar bagi kelancaran pengurusan dan perbelanjaan pertandingan.
Sekian terima kasih
PERSEKUTUAN LOMPAT TALI MALAYSIA
9 JUN 2026