Siapa Kami

Kearah kehidupan yang lebih sihat sejak dari kecil lagi.

Persekutuan Lompat Tali Malaysia atau dikenali sebagai MYJuRF telah ditubuhkan pada 6 Jun 2003.

Sepanjang tahun, persekutuan terlibat dalam banyak aktiviti dan program yang berjaya dilaksanakan melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor swasta, sama ada di dalam negara dan di luar negara.

Program Lompat Tali ini juga bertujuan untuk menggalakkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak, belia dan orang dewasa untuk meningkatkan kesihatan mereka, terutama dalam mencegah penyakit jantung dari peringkat awal.

Objektif MYJuRF

1. Menjayakan konsep perlaksanan dasar “Sukan Untuk Semua” dan konsep “Malaysia Cergas” melalui kegiatan persekutuan ini.

2. Menggalakkan, meningkatkan dan menyelaraskan segala bentuk aktiviti Lompat Tali di dalam negeri mahupun negara.

3. Mengelola dan menaja dan mengambil bahgian didalam segala bentuk kegiatan atau aktiviti Lompat Tali di peringkat kebangsaan.

4. Memupuk nilai-nilai murni dari segi rohani,jasmani dan meningkatkan akhlak dan iktisas di kalangan ahli.

5. Mewujudkan semangat persahabatan dan persefahaman serta perpaduan di kalangan ahli tanpa mengira bangsa, agama serta keturunan menerusi aktiviti lompat tali.

6. Memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili negara dalam sukan lompat tali adalah terbuka dan adil.

7. Menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina,warna kulit, agama, asal – usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

Misi

Matlamat persekutuan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengekalkan jantung yang sihat melalui Lompat Tali.

Visi

Matlamat persekutuan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengekalkan jantung yang sihat melalui Lompat Tali.

Logo

Objektif Program

1. Memperkenalkan dan mempromosikan program Lompat Tali Untuk Jantung kepada orang ramai terutama kanak – kanak & remaja sebagai salahsatu alternatif senaman sihat.

2. Melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap penjagaan kesihatan.

3. Memberi bimbingan & galakan kepada orang ramai tentang pendidikan kesihatan jantung yang boleh dicegah pada peringkat awal.

4. Memperkenalkan kepada kanak-kanak dan remaja tentang kemahiran lompat tali yang dapat membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan.