Pelajar IPT dan Terbuka Komuniti
Objektif Pertandingan :
- Dapat mengekalkan stamina dan kecergasan pelajar dengan latihan yang berkala.
- Melahir dan mencungkil bakat para pelajar dan belia dalam Sukan Lompat Tali.
- Mencipta peluang baharu dalam kejohanan secara dalam talian walau masih dalam suasana pendemik.
Syarat-syarat Am Pertandingan :
- Pertandingan Virtual Lompat Tali Pelajar IPT dan Terbuka Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi 2021 ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Persekutuan Lompat Tali Malaysia.
- Pertandingan adalah secara percuma dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas .
- Kategori Pertandingan adalah seperti berikut :
3.1 Pelajar IPT
3.2 Terbuka Komuniti - Penyertaan adalah secara individu. Kategori lelaki dan perempuan.
- Acara pertandingan adalah seperti berikut : Single Rope Speed 1 minit dan 3 Minit.
- Peserta perlu merakam video Lompat Tali dengan kepantasan ( speed ) 1 Minit atau 3 minit atau peserta boleh masuk kedua-dua acara. Pemenang akan dikira berdasarkan kepada jumlah lompatan terbanyak.
- Teknik lompatan yang dikehendak ialah teknik “Jump-Jump” iaitu setiap kali pusingan tali dilakukan kedua kaki harus rapat dan serentak mencecah lantai atau di udara.
- Untuk membolehkan pengiraan masa lompatan yang tepat peserta diwajibkan untuk menggunakan “Call Out” yang boleh dimuat turun di website : www.jumpropemalaysia.com.
- Video perlu dimuatnaik di FB atau IG masing-masing dengan hastag :
#MoHE #myjurf - Peserta perlu mengisi borang melalui pautan “google form” atau mengimbas Kod QR yang disertakan.
- Peserta perlu mengikuti (follow) laman Facebook atau Instagram Malaysian Jump Rope Federation.
- Laman Instagram peribadi peserta perlu berbentuk “public”.
- Peserta hanya boleh mendaftarkan diri sekali sahaja untuk menyertai pertandingan ini samaada Kategori Pelajar IPT atau Terbuka Komuniti.
- Tiada ketetapan untuk jenis tali, panjang tali dan berat tali. Kesemua peserta hendaklah memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian.
- Rakaman Video hendaklah jelas dengan resolusi hendaklah 720p. Posisi kamera haruslah diletakkan secara berhadapan dapat merakam peserta dengan baik. Video yang dihantar tidak boleh disunting dan tidak ada unsur-unsur penipuan.
- Setiap peserta perlu memasukkan Nama, Alamat, dan Nombor Hphone masing-masing di dalam video dirakam sebelum dimuat naik di FB atau IG masing-masing.
- Penyertaan bermula pada 15 September 2021 dan ditutup pada 30 September 2021 pada jam 12.00 tengah malam.
- Sijil eletronik akan diberikan kepada semua peserta yang bertanding. Hadiah wang tunai Kategori Terbuka Johan RM 800.00. Naib Juara : RM 500 dan Ketiga RM 300.00. Manakala Kategori IPT Johan RM 500.00, Naib Juara RM 250.00 dan Ketiga RM 150.00.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijayakan.
- Jika terdapat penyertaan yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan maka penyertaan akan dibatalkan.
- Keputusan pengadil adalah muktamad dan akan diumumkan sebelum 10 Oktober 2021.
- Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan
En. Shahrezza : 017-2815018
Pn. Linda : 017-3773267
En Is : 013-5990920
Borang Pendaftaran :
atau imbas QR Code :
Contoh Video Pertandingan Virtual Lompat Tali Pelajar IPT dan Terbuka Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi :