PKJ (1)

World Jump Rope Championship 2025

Sejurus YB Hannah Yeoh menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Lompat Tali Malaysia pada 23hb Julai 2025 di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil sempena Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2025 misi memburu pingat di Kejohanan World Jump Rope Championship 2025 Kawasaki, Jepun bermula. Dengan penuh iltizam 6 orang atlet, seorang ketua Kontigen, 2 orang jurulatih dan seorang pegawai perubatan telah berusaha bermati-matian bagi mencapai kejayaan di kejohanan ini.

Hasil daripada perbincangan dan strategi terbaik persekutuan dalam pemilihan atlet dan hasil latihan yang berkala maka Persekutuan Lompat Tali Malaysia berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa di dalam pertandingan yang berprestij ini.

Persekutuan Lompat Tali Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, AJK Persekutuan dan Negeri, guru-guru, atlet dan juga ibubapa yang menyokong sukan lompat tali sejak tahun 2000.

Persekutuan Lompat Tali Malaysia berharap sukan lompat tali akan terus menjadi sukan yang digemari dan disokong oleh semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kanak-kanak, remaja dan belia bermula dari awal usia.

Semoga dengan kemenangan dan kejayaan ini akan membolehkan MYJuRF terus maju dalam melahirkan atlet sukan lompat tali yang bertaraf antarabangsa dan boleh membanggakan Malaysia di mata dunia.

Tahniah Pn Hjh  Habibah A.Hamid ( Ketua Kontigen ), Hj Mohamad Ibrahim Badcha ( Ketua Jurulatih ),  Diana Awang ( Jurulatih ), Dr Mohd Akil Bin Mohd Khailani ( Pegawai Perubatan), Damia Zara Binti Mohd Faisal ( Atlet ), Ahmed Eimran Ansari Bin Yusmarulnizam ( Atlet ) Muhammad Faizal Bin Mohd Zamri ( Atlet ), Muhammad Izz Zikry Bin Joey Hafis  ( Atlet), Lee Jing Yan ( Atlet ) dan Chin Xing Yan ( Atlet ).

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on print
Print