YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2025 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pertandingan yang mendapat penyertaan lebih 1,500 peserta melibatkan 150 pasukan ini telah bermula pada 22 Julai sehingga 24 Julai 2025.

Penganjuran ini menjadi pemangkin kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan sejahtera dalam kalangan masyarakat, sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan mental rakyat selaras dengan nilai kerangka Kesejahteraan Malaysia MADANI 💪.
Di majlis yang sama, YB Hannah Yeoh berkesempatan menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Lompat Tali Malaysia yang akan menyertai Kejohanan Lompat Tali Dunia 2025 di Kawasaki, Jepun bermula 27 Julai hingga 3 Ogos 2025.


Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN, YBrs. En. Abd Aziz bin Abd Rahman serta Presiden Persekutuan Lompat Tali Malaysia, Tn. Hj. Syaiful Anwar bin Hj. Ishak 😎






