Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah berlangsung pada 19-21 Julai 2024 di IOI Mall Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah hadir menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan. Pertandingan Lompat Tali Terbuka KBS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024! 



Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Lompat Tali Malaysia dalam memperkasakan pembangunan sukan untuk semua terutamanya di peringkat akar umbi



Sebanyak 168 pasukan merangkumi lebih 1,500 orang peserta dari seluruh negara telah menyertai pertandingan ini yang menawarkan dua kategori iaitu berirama (berkumpulan) dan prestasi tinggi (individu) 




Selain itu, YB Hannah Yeoh juga menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Lompat Tali Malaysia yang akan menyertai Kejohanan Lompat Tali Asia 2024 di Kawasaki, Jepun bermula 24 hingga 28 Julai 2024 

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN, YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman.







