24 – 28 JULAI 2024
CULTTZ KAWASAKI JAPAN
Persekutuan Lompat Tali Malaysia telah menghantar pasukan ke pertandingan Asian Jump Rope Championship 2024. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Asian Jump Rope Union dengan disertakan oleh 10 buah negara bertanding iaitu China, India, Japan, Hong Kong, Macau, Philippines, Korea, Thailand, Singapore dan Malaysia. Lebih daripada 800 orang menyertai pertandingan ini.
Pertandingan Lompat Tali Peringkat Asian ini telah memberi banyak pengalaman kepada Jurulatih dan Atlet Malaysia bagi mengukuhkan strategi dan kemahiran semua yang terlibat. Buat kali ini Pasukan Malaysia tidak berjaya membawa sebarang pingat. Walau bagaimanapun usaha akan terus dijalankan bagi memastikan Malaysia akan mendapat pingat di kejohanan akan datang.
Atlet Lompat Tali Malaysia
Nama Atlet | Negeri |
Muhammad Khidair Bin Khairul Anuar | Johor |
Damia Insyirah Bt Mohd Idris | Johor |
Nik Ahmad Ziyad Nik Shahjaril | Johor |
Muhammad Irfan Husni Bin Mohamad Zahir | Perlis |
Terima kasih Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang senantiasa menyokong usaha Persekutuan Lompat Tali Malaysia dalam melahirkan atlet Sukan Lompat Tali. Terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jurulatih, Atlet, Ibubapa yang menyokong pertandingan ini.
Semoga Sukan Lompat Tali akan Berjaya dimasa hadapan.