AJRU FLAYER

PEMILIHAN SKUAD ELIT SUKAN LOMPAT TALI MALAYSIA 2025

Jom Sertai !!
Persekutuan Lompat Tali Malaysia akan menganjurkan Pemilihan Skuad Elit Sukan Lompat Tali Malaysia pada 13 Februari 2025 sehingga 15 Mac 2025. Pemilihan adalah melalui penghantaran video, wajib menghantar ke 4 acara yang dipertandingkan.
Marilah ramai-ramai memeriahkan acara dengan menghantar video anda mengikut kategori umur masing-masing. Sertai kami sekarang mungkin anda adalah Elit Sukan Lompat Tali Malaysia yang kami cari.
OBJEKTIF PEMILIHAN 

1. Mewujudkan pasukan elit Sukan lompat tali ke kejohanan prestasi tinggi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.SYARAT-SYARAT PEMILIHAN

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia
  2. Kategori pemilihan ialah Master Competition dengan acara seperti yang berikut:
    2.1 30sec Single Rope Speed
    2.2 180sec Single Rope Endurance
    2.3   Consecutive Triple Unders
    2.4  Single Rope Freestyle
  3. Peserta wajib untuk menghantar kesemua acara dengan video berasingan setiap acara
  4. Penyertaan pertandingan adalah secara individu
  5. Kategori umur ialah 12 tahun ke atas pada tahun 2025
  6. Teknik lompatan speed yang dikehendaki ialah teknik jogging step
  7. Untuk membolehkan pengiraan masa lompatan yang tepat bagi acara speed peserta diwajibkan untuk menggunakan “Call Out” yang disediakan di lawan web. Lompatan harus dimulakan selepas bunyi bip.
  8. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan melalui Google Form yang disertakan.
  9. Tiada ketetapan untuk jenis, panjang dan berat tali. Semua peserta hendaklah memakai pakaian sukan dan kasut yang bersesuaian.
  10. Rakaman video hendaklah jelas dengan resolusi minimum 720p. Posisi kamera haruslah diletakkan secara melintang dihadapan permulaan peserta dan rakaman peserta dapat dilihat dengan baik. Video yang dihantar tidak boleh disunting dan tidak ada unsur-unsur penipuan.
  11. Setiap video penyertaan perlu disertakan dengan maklumat seperti yang berikut:
    a) Acara
    b) Nama Peserta
    c) Jumlah Lompatan (Acara Speed)
    d) Nombor telefon
    e) Kategori umur
  12. Bayaran sebanyak RM 30.00 akan dikenakan kepada setiap peserta yang mengambil bahagian untuk 4 acara. Bayaran perlu di bayar kepada Persekutuan Lompat Tali Malaysia Public Bank 3819674804 sebelum 15 Mac 2025.  No rujukan bayaran perlu dimasukkan ke dalam borang pendaftaran.
  13. Peserta harus mendapat bimbingan daripada jurulatih / ibu bapa / guru yang terlatih semasa membuat latihan atau semasa membuat video
  14. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecuaian atau implikasi perundangan yang menimpa peserta sebelum, semasa dan selepas rakaman dilaksanakan untuk tujuan pemilihan ini.
  15. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan.
  16. Pertandingan bermula pada 13 Februari 2025 dan tarikh akhir penyertaan pada 15 Mac 2025.
  17. Peserta perlu menghantar video penyertaan kepada pihak urus setia melalui aplikasi Telegram melalui talian telefon 017-9931253 ( En Shahrezza )
  18. Keputusan penganjur adalah muktamad dan akan diumumkan sebelum 1 Jun 2025 melalui laman web atau media sosial Persekutuan Lompat Tali Malaysia.

 

Tunggu apa lagi.. Jom daftar segera melalui Link dan Call Out yang disediakan.

Borang Pendaftaran :

 

Download ” Call Out ” di bawah

30s Single Rope Speed

 

180s Single Rope Speed Endurance

 

Consecutive Triple Under

 

Single Rope Freestyle

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on print
Print