WhatsApp Image 2025-02-13 at 15.19.17_d5718d12

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSEKUTUAN LOMPAT TALI

KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI 2025 – Mesyuarat Agung Persekutuan Lompat Tali Malaysia, Bilangan 21 bagi Tahun 2025 telah sempurna dilaksanakan pada 7 Februari 2025 di Hotel Lazdana, Kuala Lumpur secara hibrid.

Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan untuk membentangkan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi sepanjang tahun 2024. Beberapa usul telah dibentangkan untuk tindakan jawatankuasa. Selain dari itu, pengisian utama juga adalah perbentangan halatuju Persatuan Negeri dan Persekutan Lompat Tali untuk tahun 2025.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Syaiful Anwar Ishak, Presiden Persekutuan Lompat Tali Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Persekutuan atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan.

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on print
Print