PENGUMUMAN RASMI

Official Announcement

OFFICIAL ANNOUNCEMENT

PEMILIHAN ATLET SUKAN LOMPAT TALI MALAYSIA KE KEJOHANAN
WORLD JUMP ROPE CHAMPIONSHIP 2025

 

        Persekutuan Lompat Tali Malaysia adalah merupakan badan induk bertaraf Persekutuan yang bernaung di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan telah berdaftar secara rasmi di bawah Pesuruhajaya Sukan Malaysia ( No Sijil : 2883 / 2008 ) sejak 2008 bagi mengelola dan menyelaras mana-mana badan organisasi dan aktiviti sukan lompat tali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebanyak 15 buah Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri termasuk Wiilayah Persekutuan telah bergabung dengan Persekutuan Lompat Tali Malaysia.

        Persekutuan Lompat Tali Malaysia akan menyertai Kejohanan World Jump Rope Championship 2025 yang akan berlangsung bermula 26 Julai – 3 Ogos 2025 di Kawasaki, Jepun. Seramai 6 Atlet Lompat Tali, 3 Jurulatih dan 1 Ketua Kontigen akan ke Kawasaki, Jepun bagi menyahut cabaran untuk mengharumkan nama Malaysia bagi meraih pingat dalam sukan lompat tali.

        Jawatankuasa Pemilihan Atlet ke Kejohanan World Jump Rope Championship ini telah dilakukan sebanyak 3 kali bagi memilih atlet yang berkelayakkan dan dijangka akan menyumbangkan pingat kelak di samping dapat memberikan komitmen dari sudut latihan berkumpulan yang berterusan selama 3 bulan. Atlet yang berjaya terpilih ialah :

  1. Damia Zara Binti Mohd Faisal ( SK Taman Universiti )
  2. Ahmed Eimran Ansari Bin Yusmarulnizam ( SMK Bandar Puncak Jalil )
  3. Muhammad Faizal Bin Mohd Zamri ( SK Taman Universiti )
  4. Muhammad Izz Zikry Bin Joey Hafis ( SMK Bandar Saujana Putra )
  5. Lee Jing Yan ( SMK Seri Bintang Selatan )
  6. Chin Xing Yan ( Sequoia International School )

 

Manakala jurulatih dan ketua kontigen yang akan melatih dan menguruskan pasukan Lompat Tali Malaysia ialah :

  1. Diana Awang ( SK Taman Universiti )
  2. Hj Ibrahim Bin Badcha ( Ketua Jurulatih )
  3. Hjh Habibah A. Hamid ( Pengurus Pasukan )
  4. Hj Syaiful Anwar Hj Ishak ( Ketua Kontigen )

 

        Persekutuan Lompat Tali Malaysia ingin memaklumkan bahawa semua pelompat tali berpeluang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan atas kelolaan Persekutuan Lompat Tali Malaysia dengan syarat mencapai standard yang ditetapkan di samping pelompat mempunyai disiplin yang baik dan mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Lompat Tali Malaysia. Di samping itu juga Persekutuan telah mengkaji potensi atlet untuk membawa pulang pingat di Kejohanan World Jump Rope Champisionship 2025. Kepada atlet yang tidak berjaya dipilih jangan putus asa teruskan usaha dan latihan. Akan ada lagi pertandingan berprestij tinggi di masa akan datang di pelbagai negara lain.

        Persekutuan Lompat Tali Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan khususnya kepada Kementerian Belia
Dan Sukan Malaysia yang selalu memberikan peluang dan sokongan padu kepada program lompat tali sejak tahun 2000. Begitu juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang selalu menyokong program lompat tali melalui program 1 Murid 1 Sukan. Tidak dilupakan kepada Ahli Jawatankuasa Persekutuan Lompat Tali Malaysia dan Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri yang telah bersusah payah menaikkan sukan lompat tali. Kepada Ibu bapa, guru-guru, atlet dan orang perseorangan yang telah memberikan kerjasama dan usaha yang baik bagi mengembangkan program lompat tali ke seluruh Malaysia, Persekutuan ingin mengucapkan ucapan terima kasih tidak terhingga. Semoga usaha yang dicurahkan diberkati oleh Allah Swt.

Sekian, maju sukan untuk Malaysia.

HJ SYAIFUL ANWAR HJ ISHAK
PRESIDEN
PERSEKUTUAN LOMPAT TALI MALAYSIA

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on print
Print