Persekutuan Lompat Tali Malaysia akan mengadakan Kursus Pengadilan Sukan Lompat Tali Berirama Dan Prestasi Tinggi Level 1 & 2 Peringkat Kebangsaan 2023 pada 25 – 26 Februari 2023 di Dewan Seminar 1 & 2 Universiti Malaysia Terengganu.
Syarat kelayakkan mengikuti Kursus Pengadilan Sukan Lompat Tali Berirama Dan Prestasi Tinggi Level 1 & 2 adalah seperti berikut :
- Pernah mengikuti kursus kejurulatihan sukan lompat tali diperingkat negeri atau kebangsaan
- Pernah menghantar pasukan ke pertandingan lompat tali berirama atau prestasi tinggi peringkat negeri atau kebangsaan
- Keputusan pemilihan penyertaan adalah bergantung kepada syor / saranan persatuan sukan lompat tali negeri
Daftar sekarang menggunakan imbas QR Kod atau Klik link ini
Penyertaan dibuka sehingga 19 Januari 2023. Pemilihan keputusan menyertai kursus akan dimaklumkan sebelum 28 Januari 2023.