Persekutuan Lompat Tali Malaysia akan mengadakan Kursus Kejurulatihan dan Pengadilan (Level 1) & Kem Sukan Lompat Tali Berirama dan Prestasi Tinggi Peringkat Zon Sabah, Sarawak & Labuan.
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan jurulatih dan pengadil yang bertauliah dalam sukan Lompat Tali di Peringkat Zon Sabah, Sarawak & Labuan.
Mari sertai kami.
Tarikh pendaftaran 20 Julai – 15 September 2023
Bayaran penyertaan sebelum 22 September 2023
* Penginapan semasa kursus ini adalah tanggungjawab peserta sendiri.