Persekutuan Lompat Tali Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Lompat Tali Negeri telah menjayakan Pertandingan Video Lompat Tali Prestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan 2021.
Adalah menjadi satu kebanggaan apabila kesemua negeri di Malaysia telah mengambil bahagian di dalam acara Lompat Tali yang dipertandingkan. Ini juga merupakan pertandingan kali pertama dianjurkan secara online berikutan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat pada tahun ini.
Keputusan pertandingan kali ini telah diiktiraf sebagai Rekod Malaysia dalam Pertandingan Lompat Tali Prestasi Tinggi.
Persekutuan berhasrat untuk meluaskan lagi skop dan sasaran peserta ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia pada tahun hadapan.
Tahniah pada semua atlet Lompat Tali yang berjaya dan yang tidak berjaya, usaha lagi di masa akan datang.
Keputusan Pertandingan klik di bawah ini:
REKOD KEBANGSAAN SPEED 30 SAAT
REKOD KEBANGSAAN SPEED 180 SAAT
REKOD KEBANGSAAN SPEED DOUBLE UNDER