Bersempena Hari Sukan Negera 2023 (HSN 2023), Persekutuan Lompat Tali Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah menganjurkan Jump Rope Challenge Peringkat Kebangsaan Hsn 2023 pada 14 October 2023 di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Pertandingan ini telah disertai 97 pasukan bagi dua kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari seluruh Malaysia dengan anggaran seramai 1000 orang pelompat dan penyokong pasukan. Semua peserta dan yang hadir membanjiri Pekarangan Istana Kehakiman.
Persekutuan Lompat Tali Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyertai Pertandingan Jump Rope Challenge Peringkat Kebangsaan Hari Sukan Negara 2023 yang telah menunjukan bakal, kerjasama berpasukan dan mempamerkan aksi cemerlang di dalam pertandingan ini. Tidak lupa juga kepada semua pemenang bagi setiap kejohanan dan penyokong yang telah hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan yang telah diadakan.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang dan peserta telah disempurnakan oleh YBrs Dr Fuad bin Hashim, Penaung Persekutuan Lompat Tali Malaysia.
Pemenang Kategori Junior
Pemenang Kategori Remaja