
Persekutuan Lompat Tali Malaysia dengan kerjasama Sekreteriat Industri Sukan ASEAN menganjurkan ASEAN JUMP ROPE SUMMIT & ASIAN JUMP ROPE WORKSHOP 2025 pada 17 – 19 Oktober 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Program ini akan disertai oleh beberapa peserta luar negara terdiri daripada Negara China, India, Filipina, Singapura dan Indonesia. Acara ini juga disertai oleh 32 orang peserta dari setiap negeri di Malaysia.


Semoga dengan acara ini Malaysia dapat mengembangkan lagi Sukan Lompat Tali ke setiap negeri di Malaysia dan antarabangsa amnya.

