BLN 8 PERTANDINGAN SELANGOR 20-22

PERTANDINGAN LOMPAT TALI TERBUKA KEBANGSAAN 2026

Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara dengan kerjasama Persekutuan Lompat Tali Malaysia akan  menganjurkan Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan  2026 dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penganjuran ini merupakan platform bagi menhimpunkan atlet-atlet lompat tali dari seluruh negara untuk mempamerkan bakat, kemahiran, disiplin dan semangat kesukanan dalam suasana pertandingan yang sihat dan kompetitif.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan pencarian bakat baharu malah turut menyokong aspirasi negara dalam membudayakan gaya hidup aktif serta memperkukuhkan pembangunan sukan lompat tali di semua peringkat. Seiring dengan matlamat ” Sukan Untuk Semua ” program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dimasa akan datang.

 

Penyertaaan adalah secara percuma dan terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini kerana sijil pengiktirafan PAJSK Peringkat Kebangsaan akan diperolehi. Marilah bersama-sama memeriahkan Pertandingan Sukan Lompat Tali Terbuka Peringkat Kebangsaan 2026.

 

Tarikh : 20 – 22 Ogos 2026
Tempat : Sunsuria Forum Mall Setia Alam, Shah Alam, Selangor

Sila baca syarat-pertandingan dan isi pautan yang disertakan ..

Syarat – Syarat Pertandingan :

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 JULAI 2026

Hadiah lumayan menanti semua pemenang.
Apa tunggu lagi jom daftar segera jangan lepaskan peluang !!
Di sini disertakan Link atau QR Kode pendaftaran pertandingan berikut.

Borang Pendaftaran :

PERTANDINGAN SUKAN LOMPAT TALI BERIRAMA

 

atau imbas QR Kode :

 

Borang Pendaftaran :

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan :
1. En. Shahrezza 017-9931253
2. Pn. Linda 017-3773267

✨JUMPA ANDA DI SANAAAAA✨
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on print
Print