Mesyuarat Agong ke – 16

Mesyuarat Agung ke-16, Malaysian Jump Rope Federation (MYJuRF). Tarikh: 14 Mac 2020. Tempat: Hotel Sani, Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah diadakan walaupun terdapat kes Covid-19. Mesyuarat telah diadakan sebelum PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia. Mesyuarat telah berjalan dengan baik.

Pertandingan Sukan Lompat Tali Prestasi Tinggi Siri (2)

Pertandingan Sukan Lompat Tali Prestasi Tinggi Siri (2) Di Sunway Big Box. Retail Park, Sunway Iskandar Putri, Johor Bahru, Johor pada 19 September 2020. Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri Johor telah berjaya mengadakan Pertandingan Lompat Tali Prestasi Tinggi dengan lebih 100 penyertaan di kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Tahniah kepada semua pemenang.

Pencarian Bakat Tahap 1

Tarikh : 18 Ogos 2020 Tempat : SK Bukit Kemuning 2, Selangor. Seramai 3 orang pelajar tahun 3 terpilih daripada 20 orang yang bakal mewakili sekolah dalam pertandingan yang bakal diadakan kelak.

Bengkel Kejurulatihan & Pengadilan Lompat Tali Prestasi Tinggi

Bengkel Kejurulatihan & Pengadilan Lompat Tali Prestasi Tinggi Peringkat Zon 2020. Diadakan sepanjang bulan Ogos – September 2020. 4 Bengkel Lompat Tali Prestasi Tinggi telah dijayakan sepanjang bulan Ogos hingga September iaitu Zon: BIL ZON TARIKH TEMPAT JUMLAH PESERTA 1 ZON TENGAH 15/8/2020 ANCASA HOTEL, KUALA LUMPUR 30 2 ZON PANTAI TIMUR 20/8/2020 BATU BUROK […]